Pages

Thursday, February 9, 2012

Faktor-Faktor Blog Tidak Ramai Pengunjung/Follower


Hye , hye
Selamat Pagi .
Kenyang , baru saja lepas makan .
Blurrp ! *tak senonoh

Entri kali ini ialah hasil daripada bedah siasat/post moterm terhadap blog aku sendiri . Walaupun rasa macam masih terlalu muda di dalam dunia blogging , dan rasa macam tak layak pulak nak bagi advices . Tapi , aku masih berkeras nak bagi jugak pendapat dan pandangan aku sendiri sebagai blogger yang baru  .

Faktor-Faktor Blog Tidak Ramai Pengunjung/Follower

1. Kaedah Penyusunan Blog .

     Sebagai seorang blogger , kita harus bijak memainkan peranan di dalam penyusunan blog . Hasil penyusunan blog yang tersusun dan teratur , akan menarik minat blogger-blogger yang lain untuk mengunjungi blog kita . Blog yang dihasilkan tidak perlu terlalu berserabut , penuh/crowded dengan widget-widget yang tidak penting sebaliknya kita harus masukkan widget-widget yang berguna dan menarik . Pengurangan widget-widget juga akan meringankan berat blog kita . Justeru , ia dapat memudahkan dan mempercepatkan proses membuka blog kita . Pengunjung pasti tidak rajin untuk menunggu blog kita loading .

2 . Entri yang menarik .

     Entri merupakan sesuatu yang sangat penting di dalam dunia blogging kerana dengan entri , ia dapat menentukan jumlah pengunjung/follower yang akan menapak di dalam blog kita . Jumlah pengunjung bergantung kepada entri yang dihasilkan oleh kita . Jika entri kita menarik dan mempunyai misi yang ingin disampaikan , pengunjung akan tertarik untuk terus mengunjungi dan membaca entri kita yang seterusnya . Elakkan daripada menggunakan perkataan yang biadap seperti maki hamun dan kutuk mengutuk terutamanya sesama blogger kerana ia akan mencacatkan reputasi anda sebagai blogger . 

     Maksud entri yang menarik juga merangkumi keadaan semasa seperti isu dunia , kesihatan dan beberapa faktor lain . Elakkan diri daripada berterusan bercerita tentang pakwe/makwe kerana cerita sebegini akan membosankan pengunjung untuk membaca entri kita . Dan tanpa berfikir panjang , mereka pasti akan klik [X] . Tetapi , lain pula jika memang niat anda untuk berblogging semata-mata untuk tatapan anda sendiri atau tatapan kekasih anda .

3 . Gaya Bahasa .

     Penggunaan gaya bahasa juga memainkan peranan penting di dalam penghasilan penulisan kita . Elakkan daripada menggunakan perkataan singkatan/short form kerana kaedah penulisan ini akan membosankan blogger-blogger yang berusia . Siapa sanggup baca short form yang terlalu melebih-lebih ?

cth : axo ska tat mpa sanad2 / translate : aku suka kat hampa sangat-sangat .

     Bunyi memang pelik . Tapi , ini adalah kesalahan yang sering dilakukan oleh blogger-blogger terutama sekali yang masih baru menapak di dalam dunia blogging . Jadi , untuk menghasilkan entri yang menarik dan menyebabkan pengunjung tertarik untuk terus membaca entri-entri anda , anda harus bijak memainkan peranan di dalam kaedah gaya bahasa .

4 . Ringan Tulang . 

     Ringan tulang bukanlah bermaksud memerah otak sedaya upaya demi menghasilkan entri atau penulisan yang menarik sehingga tak keluar makan dan berpeluh-peluh menghadap laptop/komputer seharian . Ringan tulang yang dimaksudkan ialah blogwalking ( BW ) atau meninggalkan jejak anda di shout box blogger-blogger lain . Jika rajin blogwalking maka harus juga lah meninggalkan jejak . Jika tidak , pasti rugi seharian anda blogwalking tetapi tidak mendapat apa-apa hasil .


5 . Aktif .

     Aktif bukanlah bermaksud anda aktif di dalam acara larian 4x100 atau pun acara lontar peluru . Aktif yang dimaksudkan ialah , anda mestilah aktif berblogging . Kalau boleh update entri sehari satu paling minima . Jadi , pengunjung yang mengunjungi blog anda pasti tahu anda adalah blogger yang aktif dan mereka juga pasti dengan mudah akan follow anda . Tak mungkin kita sanggup follow blog yang bloggernya update last entri 5 bulan lepas . Apa yang anda fikirkan ? Pasti blogger ini tidak aktif . 




#aku juga belajar dari kesilapan . Apa yang aku senaraikan di atas ialah berdasarkan kesalahan diri aku sendiri juga dan merupakan ayat aku sendiri .

2 comments:

Anonymous said...

hye yai yai =)

hm.. gud entry hasil dr post mortem sndiri eh.
hehe.. tp btul la tu .. me still new, & sdg mrajin2 kan diri utk jadik bloggers yg berkaliber.. perghh..ayat..haha =p

green|tea said...

HEHE , yelah .
sama-2 masih bru .
nevermind , blajar dari ksilapan .