Pages

Sunday, March 15, 2015

MY NEW JOURNEY

Hye, Assalamualaikum

Rasa macam dah TERLALU lama aku tak merepek sini. Tapi, perlu ke capslock ayat TERLALU tu? hmmmm aku rasa perlu sebab nak menggambarkan betapa lama tak menjengah sini. blablabla

Dah nama pun lama tak menjengah kan, of course ada macam-macam benda jadi. Toksah kata laaa. *haa amek kau dah keluar bahasa utara.

Jap-jap nak bagitau. AKU SINGLE. HA HA HA. Jap-jap pikir nak gelak ke nak ketawa. You guess what? Siapa akan happy bila putus cinta? Melainkan orang tu dah putus urat kentut. Kau rasa apa? Macam arghhhhhhhhhhhhhhhhhh biar betul kau. 5 tahun kot bercinta and paling kau rasa tak boleh blah tahap nak terduduk menunduk kepala seret atas tanah bila kau buka je Facebook sana sini ada nama dia. Itu belum lagi aku kira entri-entri dalam blog ni berapa ribu entri pasal dia T_T. Belum kau kira lagi album-album gambar dalam laptop, buku album dalam bilik. Berdedau. Belum lagi kau bukak tin ajaib kau yang simpan segala tiket wayang, resit entah apa-apa, resit main nombor

Dan paling kau rasa kau macam sampah kena tindan-tindan tunggu masa nak bakar bila benda tu semua jadi bukan sebab keinginan kau, bukan kemahuan kau, bukan kerelaan kau. Dan paling kau rasa "wow" bila sekelip mata dia mampu cari penganti kau. Alaaa takpa. Chill beb. Cabar diri kau tak payah bercinta sampailah kawin. Boleh ke tak? hahahahaha.

Gila kau nak boleh. Sunyilah bahlol. Paling rasa bila duduk sorang, bila malam, bila badan kau dah letih nak tidur nak rehat nak lupa semua tapi mata kau taknak pejam dan otak kau masih bekerja ligat berfikir pasal--------dia. Kadang sambil terfikir, sambil aku tersenyum. Orang lain putus cinta menangis meraung bila teringat dia. Tapi aku? Tersenyum. Kau tahu kenapa? Sebab mata aku dah jenuh menangis dan aku tersenyum sebab aku teringat semua kenangan dari zaman sekolah dulu. Kalau orang lain pandang mesti ingat tengah angau hangat bercinta. Pernah terfikir. Aku rela cuma ada duit sepuluh ringgit dalam saku andai itu je cara aku ada dengan dia iaitu masa sekolah. Aku rela kau tahu?

Dan sebab itu semualah aku ada dekat mana aku ada sekarang. Tak pernah terfikir nak survive hidup dekat negeri orang. Hidup sendiri tak ada lesen tak ada duit yang banyak, tak ada saudara, tak ada kenalan, tak ada dia 

Berbekalkan duit elaun tak sampai 1000 pun dan berbekalkan duit vaucer buku RM200. haha jahat gila. Sini line untuk wechat atau whatsapp serious tak banyak LANSUNG. Kalau line nak naik 2 bar pun cukup rahmat. Kalau cakap phone pun sangkut-sangkut. Aku dah la tak penyabar kang aku hempuk jugak phone tu kang....Tapi nak update blog boleh sebab sini coverage untuk laptop SANGAT laju. Agaknya sebab tu orang sini ber Facebook je kan? Tapi sayang nak ber Facebook pun Facebook dah takda. Delete sebab frust sebab situ kenangan mula sebab situ banyak memori sebab situ sebab situ sebab situ ahhhhhhhhhh abaikan !

Tapi setakat line phone alaaa no hal lah bro. Aku bukan ada pakwe nak kena report nak kemana dengan siapa balik jam berapa. Atau nak kena selfie dua puluh empat jam hantar gambar setiap enam saat. haha. *ni tengah sedapkan hati sendiri.

Bila nak balik rumah? Nanti lepas 3 bulan aku balik ahhh pantau keadaan. Sebab dah janji dengan seseorang aku tunggu lagi 3 bulan. Entah ingat ke tak orang tu ke dah lupa sebab bahagia?

Itupun kalau aku tahan. Sebab sini air kotor kejap ada kejap tak ada air. Tadi nak mandi petang, aku letak baldi dekat paip air pastu aku masuk bilik kemas almari kayu, antik gila. Lepas sejam pergi balik tengok baldi tu still kosong. Maksudnya paip tu tipu aku la. Nama paip air tapi tak ada air. Aku pun sumbatlah jari yang kecik ni. Jari apa? Kelingking ehh? Dan cuba kau teka apa yang keluar. CICAK !!!!!!!!!!!! BABI suka melawak time time macam ni. Melompat satu kilometer aku. Binatang paling aku benci. Nak menitik air mata pastu teringat pulak kat dia. Dia je orang lain selain family aku yang tahu aku tak makan ikan bilis yang direndam sebelum digoreng sebab geli macam cicak. Kau nampak? Cicak punya hal pun boleh teringat dia. Macam tak ada life je aku ni ke tak boleh nak move on? :/

Okay, sambung cerita. Time aku tengah menjerit tu tiba-tiba datang lah seorang manusia ni. Hensem tapi aku musykil jantina dia.Tanya aku kenapa aku cuma geleng. Baru je nak ambil baldi nak blah dia tarik tangan aku sambil kata "Tempat ni keras. Jangan jerit-jerit" Haa memanglah keras semua konkrit. Pesan kat aku macam memang saja hobi aku menjerit -,-

Terus masuk bilik tak jadi mandi. Roomate aku still tak tahu siapa. Dari tadi kosong je. Tolong jangan kata aku tak ada roomate. Mati keras aku kang.

Dah lewat malam. Tapi aku still berjaga. Tak boleh tidur sebab panas tak mandi :(

Goodnight peeps.

#hye kamoo, Biarlah saiya jauh, tapi hati ni tetap ingat kamoo. Kamoo jaga diri, semoga bahagia tak kira dengan siapa pun pilihan ^_^ . *ayat zaman sekolah saiya/kamoo hahaha

#next entri update gambar okayy ?

No comments: