Pages

Wednesday, November 28, 2012

Monkey Love

Assalamualaikum . . .

''Kalau tak yakin mampu bahagiakan dia , Jangan yakin ketika cuba memilikinya''

Tiba-tiba terkeluar dari benak fikiran aku ayat sepotong ni . Mungkin terlalu biasa-biasa tetapi seriously mempunyai maksud yang terrrsangat dalam . And , aku sangat memahaminya .

First of all , just a simple and short story . Esok hari terakhir aku berbakti di bawah naungan Maskargo Logistic Armoured Protection and Investigation . Sedih jugak sebab dah nak dekat setahun aku kerja . Dah macam-macam kerenah aku jumpa . Dah macam-macam dugaan aku kena . Seriously lagi mencabar daripada main dam ular . *kemain je . Pendapat aku selama 9bulan bekerja ialah 'Bekerja dengan orang dewasa lagi susah daripada bekerja dengan rakan sebaya' . Yee laa kalau kita nak tegur kononnya diorang lagi hebat . Diorang makan gula , garam , serbuk kopi dulu dari kita kan ? So , penyelesaiannya kita pun kenalah memendam perasaan . Bukan perasaan cinta ehh , perasaan tunggu masa nak meletup . -,-

ehh , ehh

Kemain je jauh tersasar dari tajuk sebenar . HAHA ehhhhhhh lupa . Aku taknak gelak sebenarnya . Actually tengah sedapkan hati sendiri .

Back to the tittle , Love Monkey , Monkey Love . Sama je . Bila diterjemahkan membawa maksud
''Cinta Monyet''

Siapa tak pernah bercinta angkat kening ~_~ . Tipu tipu tipu . Actually aku takda motif pun nak update blog . Saja je nak menyedapkan hati sendiri . Dah alang-alang takda topik nak story morry morning glorry , apa kata kita bukak story pasal Monkey Love .

Nak dijadikan cerita , aku mula terdedah dengan perkataan Monkey Love sejak dibangku sekolah lagi . *nampak benor gatalnye . Luahan entri ni jujur dari isi perut aku . Nak percaya , percaya . Taknak percaya sudah . Malas nak layan . HAHAHAHAHAH


okayy , okayy sambung .

Nak dijadikan cerita , aku mula terdedah dengan perkataan Monkey Love sejak dibangku sekolah lagi . *nampak benor gatalnye . Aku mula terdedah dengan SMS ni sejak dari Form2 . Time tu baru mula berjinak dengan handphone . Itupun pinjam dari mak je . Meseg dengan macam-macam jantina . Lelaki dan perempuan . Pondan je belum lagi . Ada yang aku kenal (Sekelas), ada yang tak pernah jumpa langsung . Kenal dari internet je . Biaselah budak-budak baru nak naik katanye . kihkihkih . Tapi takde lah bercinta sampai tangkap leleh . Sebab time tu nak meseg untuk hilangkan bosan saje . Nokia3310 sangat femesssss youu know .


2010 , Form4 . Aku dimasukkan ke sekolah Teknik . Cultured shock satt . Kau bayangkan macam-macam spesis lelaki aku jumpa . Perak jakun laa jugak tapi perangai diorang lagi hodoh daripada perangai lelaki-lelaki kat penang . dushhhh ~ Itu semua langsung tidak mematahkan semangat aku untuk mengekalkan prinsip tidak berkapel sehingga habis SPM . Anddd , aku berjaya mengekalkan prinsip itu selama 16 tahun sehinggalah aku terjumpa dengan seorang lelaki . Namakan dia sebagai A . Yea memang aku pernah kapel sebelum bermonkey love dengan A ni tapi paling lama dua hari . KAHKAHKAH . Dengan A ni dalam 8 bulan jugaklah . Itupun setelah melalui dua fasa . Dan aku kagum dengan diri sendiri sebab Love Monkey kami mampu bertahan . Cara kami bertemu , cara kami mula bermonkey love akan diceritakan di entri yang seterusnya .

2011 , Form5 . Tahun yang paling complicated sepanjang aku hidup . Hanya Tuhan saja yang tahu betapa serabutnya aku time tu . Masih bermonkey love dengan A jugak . Kami kenal pun dah dekat akhir tahun . So , awal tahun 2011 pun kami masih bersama :) . Kemudian ,  muncul B dalam hidup aku . Aku terhutang budi dengan dia sebab kes aku accident haritu . Memang time aku bermonkey love dengan A lagi dia dah meluahkan perasaan  tapi aku tak layan . Sampailah ke hari tu entah kenapaaaaaaaaa :'( . Aku anggap ia hanya sebagai satu ujian dan dugaan untuk aku . Mesti ada hikmah di sebalik semua ni . Aku hanya redha seandainya aku tidak layak dan tidak berhak memiliki mereka . Mungkin tidak salah seorang dari mereka bahkan mungkin juga bukan dua-dua sekali . Aku tak pernah menyesal kenal mereka . Malah aku bersyukur kerana aku diberi kesempatan untuk mendapat tempat dihati mereka walaupun seketika cuma .

Sekarang , kita masing-masing dah dewasa . Masing-masing dah ada haluan cita-cita . Yang mampu aku ungkapkan , Semoga Berjaya mengejar impian dan cita-cita .


#tak mampu memilih antara dua namun aku juga tak sanggup mengecewakan . Dalam setiap pertarungan pasti ada menang kalahnya , pasti ada insan yang terluka . Maafkan aku :'( .

1 comment:

Scha Rosl said...

sedih gila jalan cerita. good job