Monday, June 17, 2013

Luahan Hati

Assalamualaikum . .

''Tiada Nilai Mata Wang Yang Mampu Bayar Nilai Seorang Kawan''

Nampakkan betapa beharganya 'seorang kawan' . Daripada pendapat aku sendiri walaupun aku ni bukanlah dari golongan cerdik pandai . errr . Yes kawan itu perlu . Tapi aku ni lain sikit lah . Aku tak ramai kawan yang sekaum dengan aku . I mean 'perempuan' . Aku lagi senang and selesa kalau kawan dengan kaum lelaki . You know why ? Lelaki lebih mudah together gether . Tak payah serabut kepala pikir nak terasa ke , nak menyentap ke .

Tapi sejak aku masuk poli ni , barulah aku ada kawan perempuan . Tak ramai pun . Itupun roomate aku je . wuwuwu kesian aku . HAHA . Memang ramai kata aku sombong , berlagak . What lah . Yang penting aku happy dengan life aku . Selagi belum kenal aku , tak payah nak judge aku .

And now , the main point is apa jadahhh siak tetiba nak putus kawan sebab benda kecik . Gila sakai lah kan . Tapi hurmm iyelah , memasing punya kain , memasing jaga lah kan . Takkan aku nak busybody paksa orang kawan dengan aku . Kamonlah . Aku bukanlah terdesak sangat .

Haa , lagi satu dah tahu aku jahat , mulut kemain , what the pig lah nak berbaik dengan aku dari dulu kan ? Gila sakai perangai . Memang elok sangat lah perangai kau kan . Main passing gitu . Standard lah . Pastu nak kata aku lepas tangan taknak settle . Pastu sape jahat ? Nampak aku jugaklah yang jahat . Mulut sapa macam gampang ? Haa , nampak sangat lah mulut aku ni macam gampang .

Niat aku menaip ni bukanlah nak menegakkan benang yang basah . Haa , memang salah aku jugaklah hamun orang secukup rasa . Tapi cuba pikir secara lojik . Kalau aku tahu dia nak passing gitu ada ke aku nak hamun gitu -_- . Kamonlah pepaham sendiri lah budak remaja sembang macam mana . Ada ke nak sopan santun . *orang lain lantaklah . Kalau aku sembang benda yang gampang dengan dia , bila mak aku tanya takde pun aku nak cerita buruk dia . Takde pun aku nak gitau mak aku dia sembang bebukan . Bullshit ! Depan mak aku takde pun aku nak bukak pekung dia . Aku siap cover lagi . Pandai pulak marah aku bila aku kata mak aku dengar . Padahal mak aku tak dengar . Nampak sape baik ? Haa , dia jugaklah baik . Sape jahat ? Haa , aku jugaklah yang jahat .

Sape yang tak frust . Sape yang tak terasa . Sumpah arr terasa gila kot . Main tunding semua salah kat aku . Padahal dia sedar tak dalam hal ni dua-dua salah . Sebelum muncul kesalahan aku , kesalahan dia yang muncul dulu . Tapi tunding jari macam aku ni lah punca bala semua . What lah .

Kalau kau kenal aku yang sebenarnya , kau akan tahu who is NURUL FARAH ASHIKIN . I'm not that type . Aku bukanlah jenis yang maki hamun sesuka hati . Family aku bukan dari golongan yang macam tu . Selagi tak kenal aku , tak payah nak keluarkan ayat sayang bagai . Sayang kau tak berharga kalau benda kecik pun dah melatah .

Itu yang kau mintak . Dengan rela hati , aku terima :) Thanks .

No comments: